Peraturan Penginapan Suzerin Penginapan Specialist

PERATURAN, BAYARAN PENGINAPAN & DEPOSIT SUZERIN PENGINAPAN SPECIALIST 


Bayaran Penginapan

Bayaran Penginapan Penuh wajib dibayar pada hari check in (tidak termasuk deposit RM150). Pihak kami akan jumpa face to face untuk serahan kunci dan bayaran boleh dibayar semasa penyerahan kunci.


Peraturan berada di Suzerin Penginapan Specialist 

1. Kami hanya menerima penyewa muslim solo atau berkeluarga sahaja. Sekiranya berkumpulan, hanya kumpulan yang sama jantina sahaja dibenarkan. 

2. Maksimum kapasiti satu rumah: 12 orang (termasuk kanak kanak). Dilarang membawa lebih dari kapasiti ini. 

3. Dilarang membuat sebarang majlis

4.Dilarang buat bising yang keterlaluan sehingga mengganggu jiran-jiran di kawasan sekeliling. 

5. Sampah perlu diikat sebelum check out. 

6. Sampah basah perlu diasingkan & diikat kemas sebelum masuk ke dalam tong sampah. 


Deposit Suzerin Penginapan Specialist 

Deposit RM150 adalah untuk booking/locked tarikh, juga sebagai security deposit bagi kerosakan dan kekemasan/kebersihan homestay. 

Bayaran Deposit/booking RM150 perlu dibuat semasa anda booking homestay dan akan dipulangkan selepas kami check rumah selepas check out. 


Bayaran Deposit Tidak Akan Dikembalikan Sekiranya: 

1. TIDAK Mengisi 1 Borang Maklum Balas Online yang disertakan nanti.

2. Ada kerosakan/kehilangan pada barang barang di dalam rumah & rumah tidak dijaga dengan Dr kemas 

3. ⛔ Dilarang merokok di dalam rumah. Merokok hanya dibenarkan di kawasan koridor. 

4. ⛔ Dilarang membawa atau minum minuman alkohol. 

5. ⛔ Jika didapati lampu/kipas/aircond tidak ditutup, deposit akan ditolak. 

6. ⛔ Dilarang alih perabut dan barang-barang di dalam rumah 

 (Jika perlu alih, sila letak semula ditempat asal) 

7. Bayaran deposit juga tidak akan dipulangkan sekiranya batal booking kurang dari 5 hari. 

(Kerana kami telah blocked tarikh tersebut dari penyewa lain) 


Tambahan Jam Untuk Masuk Awal / Keluar Lewat 

- Jika perlu untuk tambah jam samada masuk awal atau keluar lewat akan dibenarkan sekiranya tiada penyewa lain sebelum/selepas check in/check out

- Bayaran tambahan jam adalah sebanyak 

RM15 = 1 Jam


🌺 KEBERSIHAN CERMINAN PERIBADI DAN KEIMANAN 🌺

🌺 SUZERIN PENGINAPAN SPECIALIST 🌺


0 comments:

Post a Comment

Welcome On Board



Terima kasih kerana mengunjungi Portal ini

Portal ini dibina bagi memudahkan urusan Tempahan Suzerin Penginapan Specialist

Calendar

Contact Us

Pages